Saturday, 22 September 2012

Kuliah Atas Motor

Bila kita dah dewasa, dah jauh dari keluarga, memang bebas..kita sendirilah nak pilih mana satu baik buruk..takde sape pulak tu nak ingatkan or pesan pada kita selalu macam mana ibu bapa kita mampu buat masa kita kecil-kecil dulu..

6.30:Along, Angah dengan Uda semua dah bersiap-siap untuk pergi sekolah rendah yang terletak kat kampung sebelah. Kat sekolah tu lah tempat pertama kami menuntut ilmu sebab kami adik beradik memang tak pernah pergi ke sekolah tadika. Orang-orang kampung ada jugak yang bercakap-cakap pada mak yang "budak kalau tak hantar tadika ni tak pandai". Mak dengan nada suara yang biasa akan cakap yang tak semestinya kalau tak hantar anak pergi tadika tak pandai. Tapi, kadang-kadang mak biarkan je, malas  melayan apa yang orang katakan. Bagi kami adik-beradik pulak,mak lebih hebat dari tadika yang ada sebab maklah yang ajar kami alif, ba, ta ;a, b, c dan membilang..malah time peperiksaan anak-anak mak yang tak pergi tadika ni boleh pulak dapat tempat pertama dalam kelas.

   Bila masuk ke sekolah rendah pula, kami takdelah kekok, menangis-nangis tak nak masuk sekolah,kena tinggal dengan ibu bapa. Malah, kami rasa terlampau excited nak rasa suasana sekolah dan belajar. Kalau Along darjah 4, Angah masa tu darjah 2, dan Uda pulak darjah 1, pagi-pagi abah hantar kami  pergi sekolah naik motosikal Yamaha SS lama. Sambil-sambil salam dengan mak sebelum pergi sekolah, mak pesan "kat sekolah kalau tak paham, tak tahu..jangan malu tanya cikgu, tahu". Lepas tu kami adik beradik pun naik la motor abah berhimpit-himpit sikit. Pagi-pagi kalau dah kat kampung tu memang sejuk, berkabus lagi. Kami yang dekat belakang pun sejuk, lagi pulak abah yang bawak motor. Kening ngan rambut abah basah dek kerana embun pagi yang sejuk. Sambil-sambil tu jugak la abah pesan kat kami semua supaya belajar betul-betul."Ingat, kita ni bukan orang senang, kita susah takde orang pon nak tolong, sedara-mara nak pandang kita pon tak mahu".

   Kalau time hujan lagi kesian kat kami, dengan pegang plastik beras yang dah dipotong. Kami adik-beradik buat payung sepanjang perjalanan nak ke sekolah. Kasut dan kaki seluar memang kotor la sebab kami kena melalui jalan merah, iaitu jalan estate kelapa sawit. Abah masa tu ingat kan lagi pada anak-anak dia, "Cuba awak semua tengok, orang lain nak hantar anak pergi sekolah tak nak langsung ajak  numpang hujan-hujan lebat macam ni, padahal kereta kosong tu,korang belajar lah betul-betul,ingat macam mana orang buat kita..buktikan kat diorang semua yang kita boleh berjaya,takkan nak hidup susah selamanya".Masa tu memang azam kami berkobar-kobar dengan apa yang abah cakap. Semua yang abah cakap tu betul sebab kami lihat sendiri macam mana orang-orang kampung pandang kesusahan kami ni seolah-olah mereka suka tengok orang susah.

   Dah sampai kat perkarangan sekolah, nak salam abah, abah ingatkan lagi  pada kami "belajar betul-betul, tak paham tanya cikgu". Kami adik-beradik mengangguk faham pesanan abah. Lepas seharian kat sekolah, time balik abah jugak yang jemput kami. Bila atas motor je, mula la masing-masing start bercerita pasal apa yang terjadi sepanjang kat sekolah hari tu. Abah pulak tanya makan apa masa rehat tadi. Kami adik beradik dapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan(RMT) setiap kali masa rehat kat sekolah. Kadang-kadang masa atas motor jugak tempat nak pecahkan rahsia masing-masing masa kat sekolah tadi. Selalunya Uda la selalu buat macam tu, Uda bagi tahu yang Angah pukul Uda masa kat sekolah;Angah ni memang nakal dia lain macam sikit,hal yang dia tak puas hati tak dapat nak pukul Uda masa kat rumah sebab mak ngan abah ada,dia bawak ke sekolah. Takpun bagitahu pasal ada antara kami yang kena rotan kat sekolah. Abah bila dengar, mula lah dia tanya sebab apa dan sepanjang perjalanan kena leteran marah.

   Makan tengahari kat rumah, rehat-rehat kejap lepas tu siap-siap nak pergi ke sekolah agama pulak. Macam biasa, abah jugak la yang jemput kami nanti dalam pukul 5 atau 6 nanti. Seharian abah tak dapat rehat cukup sebab nak uruskan anak-anak pergi balik sekolah yang jaraknya lebih kurang 3 kilometer dari rumah. Lagi-lagi abah cuma buat kerja-kerja kampung je, terkejar-kejar abah nak uruskan masa untuk kami. Penat ke tak penat belakang kira tapi apa yang penting bagi mak ngan abah dia nak tengok anak-anak mereka berjaya satu hari nanti.





..end of Kuliyah Atas Motor..
Verily, Allah will not change the condition of the people, until they change what's in themselves                                                            [Ar-Ra'd 13:verse 11]